Pasca Result SPM

ok sis dah minat txt ><
                                                                         Asssalamualaikum :)
Dah berapa bulan dah last entry ? Hahaha baru sebulan lebih . Alhamdulillah sis dah s       elamat ambil keputusan SPM dah pun . Camne result ? Boleh la beshe-beshe je . Sedih mula-mula tapi takpelah ini je rezeki Allah nak bagi . So macam mana next plan ? Sis pun dah selamat isi UPU , ada juga la kos yang aku minat tapi masih tak pasti lagi . Memang betul ke aku minat kos ni , dah tak boleh nak u-turn dah satgi . Kita tengok la dulu apa yang aku dapat nanti 5 Mei . 


Minggu lepas , aku pun dah selamat pergi buat Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk mohon IPG . Everything went well except that I was being too nervous , sampai tersilap duduk tempat orang kau rasa ? Nombor 2 dengan 5 pun boleh tertukar ish ish . Hahahaha . Senang je ujian tu , lebih kurang macam ujian psikometrik yang kita selalu buat dulu kat sekolah . Nanti esok pulak baru keluar tawaran untuk pergi temuduga dengan UKF . UKF ? Ape tu ? Hahahaha sis pun lemah semangat dengar benda ni . Ujian Kecergasam Fizikal TT . Dengan diet sis yang tunggang-terbaliknya lagi , aduh lemah betul dengar benda-benda gini HAHAHA . 
Lepas tu , aku pun selamat pergi Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah . Alhamdulillah dapat la jugak hadiah untuk Cemerlang Keseluruhan Tingkatan 5 Aliran Sains >< Perform jugak aku masa trial haritu kah kah . Muncul juga rasa sedih sebab tengok kawan-kawan yang dapat hadiah untuk Cemerlang SPM pakai jubah graduasi bagai , ate yang kurang menepati kehendak ni tak berjaya graduate dari sekolah menengah ke apa ? HAHAH takpe lah maybe not now untuk merasa benda-benda ni . 
Harini pulak semakan tawaran ke matriks dah dibuka . Alhamdulillah , aku dapat juga heee tapi Program Dua Tahun punya di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) . Aku dah agak dah konfem dapat PDT sebab Addmaths aku kureng sikit , memang tepat jangkaan aku dengan tempat-tempatnya sekali HAHAH . KMPk ni pilihan pertama aku . Nak jugak merasa dekat Pulau Pinang dengan Perlis tapi jodoh dapat dekat dengan rumah . Haa boleh la tu , senang nak balik kalau boleh balik bermalam sehari dua hehe .
Aku pun ditawarkan untuk pergi temuduga Diploma in English Communication , Kolej Profesional Mara kat Seri Iskandar , Perak . Aku sebenarnya tak sangka aku dapat , aku memang lepas syarat untuk memohon course tu . Tapi aku tak ingat bila aku sah & hantar permohonan tu HAHAHAHA aku isi cincai-cincai je weh untuk Kolej Professional Mara tu . Macam mana entah lepas pulak tiba-tiba . Aku buat keputusan untuk tak pergi sebabnya aku bukannya minat sangat . 
Matriks ni pulak daftar 12 Mei , 7 hari lepas keputusan UPU keluar . Aku rasa tak cukup masa untuk buat keputusan . Ye lah , aku ni jenis teliti orangnya . Dan dengan itu aku buat keputusan pergi matriks je lah . Dengan bulan puasanya hahahaha aku yakin masuk matriks bulan 6 lepas raya namun tidak sama sekali . Aku sedih sebab cuti raya seminggu je huhu . Tahun ni dah la raya kat kampung di Perlis nun . Alah dah besar pun mengada nak cuti lama-lama . Macam ni la life sebagai student lepasan sekolah . Cuti pun boleh kira dengan jari je . 
Ok beginilah life aku lepas dapat result . Lagi sebulan aku akan bergelar sebagai seorang pelajar balik . Memang berhabuk la blog aku ni balik hahaha it's okay anything for my future . Aku nak tebus balik aku punya kelalaian dan perangai masa form 4-5 dulu , Insyaallah aku boleh ! Fighting!!!

*THUMP THUMP*

Assalamualaikum :)
Nak cerita pasal diet ? Tidak . Cuma nak meluahkan sedikit rasa gemuruh . Kenapa gemuruh ? Begini . Sejak dari dua minggu lepas lagi ada banyak rumours pasal tarikh result SPM keluar . Sape tak nervous wehh result kott . Mengikut tarikh yang ada dalam takwim KPM , tarikh keluar result SPM sepatutnya 21 Mac 2019 . Lepas tu tak tau la dari mana datang banyak khabar angin yang result akan keluar 14 Mac . Aku ni bukan sejenis yang cepat percaya pada rumours ni . Dalam Twitter la kecoh , sampai trending lagi sekali #SPM2018 . Aku pun actually rasa sedikit tak sabar la jugak nak dapat result , jadi memang hari-hari aku scroll Twitter #SPM2018 tu . Nak tengok karenah budak-budak batch SPM aku ni . Aku masih berpegang pada tarikh 21/3 tu . 
Semakin demi semakin , bertambah serius pulak pasal tarikh result SPM ni . Aku pun mula-mula tak faham , tarikh result je pun kan . Tunggu je la KPM umumkan . Lepas tu aku mula lah sedar dan faham , ada budak-budak asrama yang tinggal jauh dari sekolah , diorang kena ada perancangan awal . Nak suruh ibu-bapa mintak cuti la untuk bawak diorang pergi sekolah atau nak tempah tiket bas/flight/keretapi la . Selain tu , ada jugak budak-budak yang ada anxiety disorder ni , mahu tak runsing budak tu karang dengan tarikh yang masih berteka-teki . Aku juga ada baca yang KPM akan umumkan tarikh seminggu sebelum result SPM keluar . 
Jadi , aku hanya tunggu je la masih yakin dengan tarikh 21/3 . Sambil isi UPUOnline , mencari-cari courses yang sesuai dengan minat dan kemampuan . Satu hari , aku tengok la berita sambil tunggu cerita Leftenan Zana . KPM pula umumkan tarikh result STPM , 11 Mac 2019 . Kemudian aku pulak yang runsing balik . Bila tarikh result SPM nak keluar ni . Aku pun bukak la Twitter , ada pulak yang kata tarikh result SPM keluar 11 Mac , memang aku tak percaya la . Dah tadi aku tengok berita yang tu STPM punya tarikh . Aku pun geleng la kepala tengok karenah diorang ni haa . Dari situ , keluar la konspirasi dan teori sendiri pasal tarikh result SPM ni . 
Aku baca kat Twitter , tarikh result SPM dengan STPM biasanya tak lari jauh , selang beberapa hari je kalau mengikut tahun-tahun yang sebelum ni . Jadi , ramai dah yakin result keluar 14/3 sampai buat poll dekat Twitter mostly vote tarikh ni . Aku agak bersetuju tapi aku masih memihak kepada tarikh 21/3 . Sebab apa ? Aku tengok takwim . Result STPM dalam takwim memang 11 Mac . Yang STPM ni memang betul tepat dengan takwim . Jadi , aku percaya bulat-bulat pada takwim . Aku buat andaian yang mungkin tahun ni lain sikit kot , kerajaan baru kan . 
Hari Rabu baru-baru ni . masa aku tengah masak ada WhatsApp message masuk , ibu aku forward gambar . Gambar nampak macam kenyataan yang selalu KPM buat . Ahhh ni mesti tarikh result dah keluar . Alangkah terkejut beruknya aku tengok tarikh result SPM memang betul-betul 14/3 !!!! HAHAHAHA . Aku bukak juga WhatsApp nak tengok status , semua post pasal tarikh result ! Aku dapat tahu dalam pukul 1 lebih . Yang lain aku nampak pukul 12 lebih dah tahu dah . Bayangkan , dari 2 minggu nak tunggu result ke seminggu terus ! MINDBLOWN . TERKEDU . WEHHHH NAK DEKAT DAH . Esoknya dah la nak pergi Hari Sukan Sekolah . Minggu depan pergi lagi sekolah nak ambik result . KAH KAH KAH . Memang tak boleh dipercayai betul keyakinan aku tu . 
Apa-apa pun , aku berharap sangat yang result aku mampu membuatkan ibu ayah aku happy sangat-sangat . Aku nak kawan-kawan aku berjaya jugak . Aku nak diorang happy ambik result nanti . The time's ticking , 5 days left . Ya Allah , kau kurniakan lah aku dan rakan-rakanku kejayaan di dunia dan di akhirat . Semoga masa depan kami cerah dan berjalan lancar . InsyaAllah :) Amin... 

DIET ???

sis memang insecure gila dgn dik wonyoung ni TT kecik-kecik dah lawa
Assalamualaikum :)
Mari aku nak cerita sikit apa yg aku buat waktu menganggur ni sementara menunggu keputusan SPM yang tinggal lagi 3 minggu 3 hari ni . Boleh dikatakan setiap hari memang buat rutin yang sama . Bangun solat Subuh kemudian sambung tidur balik sampai pukul 10 . Makan breakfast macam biasa , kadang-kadang ibu dah siap buat , kadang-kadang kena eksperimen sendiri dgn bahan yg ada kat dapur . Ada kalanya ayah beli breakfast kat luar . Sambil breakfast tu tengok youtube sampai pukul 12 . Pukul 12 pulak start buat kerja suri rumah , lap pinggan , bagi clear dapur , sapu sampah dan memang setiap weekdays akan masak >< Nak buat camne dah ada dua adik yang akan balik sekolah cari makanan satgi . Habis masak tu , relaks dan bersantai sampai la waktu nak tidur . Ahhh kedengaran sangat bosan tapi itulah realiti benda aku buat hari-hari . Aku serius dah tak boleh tahan bosannya . Ini menunjukkan aku bukan seorang yang boleh survive duduk rumah saje . Even waktu sekolah dulu aku suka sangat duduk rumah , cuti dua minggu pun kalau boleh memang hari-hari nak duduk rumah . Tapi setelah 2 bulan lebih merasai bagaimana duduk rumah saje , aku ubah fikiran yang aku memang bukan jenis yang boleh duduk rumah HAHAH . Semoga hari mendapat keputusan SPM tu berjalan dengan pantas , boleh aku keluar rumah jumpa dan lepak dengan kawan-kawan . Dah tak larat nak duduk rumah dah (boleh pulak tak larat)
Dua minggu lepas , aku buat keputusan nak diet . SEBAB ? sebabnya memang aku sejak azali lagi memang gemuk dan tak pernah merasai apa ertinya kurus tu . KENAPA BARU SEKARANG ? hah korang mana pernah rasa memang dari kecik memang sejenis yang makan banyak , tiba-tiba nak makan sikit pulak . Perit jugak bunyinya . Pernah jugak cuba sebelum ni nak diet , tapi akhirnya gagal sebab tak dapat nak kawal nafsu . (lawak betul bunyinya) Paling lama aku pernah diet ialah selama 3 bulan . Dengan masa 3 bulan tu aku turun 5 kg . Serius masa tu tak sangka boleh turun sebanyak tu . Tapi malangnya naik balik , 2 kali ganda pulak tu . Alahaiii . 
Ceritanya macam ni , one day aku pergi sekolah nak tengok budak-budak junior training bola jaring . Lepas tu cikgu tegur yang aku dah nampak berisi sikit . Masa tu aku buat tak tau lagi . Balik rumah pulak , ayah pun cakap macam tu , sekali lagi aku buat tak endah . Balik kampung pun makcik aku cakap benda sama . Lepas tu aku beli baju baru , saiz yang biasa aku pakai , XL . Aku tak try dulu sebab aku memang tahu kalau XL mesti muat dengan aku . Dah beli , balik rumah aku try la , muat juga tapi ... dia lekap kat badan . Dari situ aku nampak yang aku mesti buat sesuatu untuk badan aku . Aku pun cuba timbang berat badan aku , keputusannya memang sampai terbeliak mata aku . Sebenarnya memang aku dah berhajat nak kuruskan badan lepas habis SPM , tapi itulah baru sekarang jumpa masa yang sesuai . 
Dalam masa dua minggu ni , aku fokus beberapa benda je dulu . Yang pertama , tak minum minuman manis dan bergula . Kedua , makan nasi/hidangan berat sehari sekali . Ketiga , kurangkan portion nasi dan makanan . Keempat , kurangkan makanan bergoreng . Kelima , minum air kosong 3 liter sehari . Alhamdulillah most of the days in this two weeks , I followed almost all . Kenapa aku buat macam ni ? berdasarkan pengalaman diet aku yang dulu , aku tak boleh konsisten sebab terus mulakan diet yang extreme . Jadi keinginan /craving aku naik mendadak . Sebab tu la diet aku gagal . Jadi untuk diet kali ni , aku cuba buat pelan-pelan untuk bagi badan aku terbiasa dengan rutin macam ni , baru aku buat step yang kedua yang lebih strict . 
Ada apa perubahan ? Perubahan dari segi gaya hidup , perut aku boleh terima untuk tak makan waktu malam berbanding sebelum ni , malam je mesti rasa nak makan jugak walaupun tak perlu . Kemudian , aku tak rasa craving pun nak minum manis (even ada cheat sikit) atau makan junk food . Aku makan waktu yang perlu aku makan je , takde dah masuk dapur je mesti nak mengunyah . Kalau pada fizikal pula , aku rasa pipi aku dah mula kecil sikit , sekali lagi SIKIT YE . Benda ni buat aku gembira sangat , walaupun sikit tapi dia tingkatkan motivasi aku untuk teruskan diet ni . 
Semoga aku terus istiqomah dan konsisten untuk diet la ye , sebab aku rasa inilah masanya untuk aku kurus , dah taknak dah gagal lagi . Memang perit sangat bila gagal , nanti berat badan mesti naik lagi . Sekarang punya berat badan pun dah agak kritikal , takkan nak biarkan je . Aku akan update lagi bila diet aku dah sampai sebulan ye . Kita sama-sama tengok perubahan pada aku . Insyaallah . FIGHTING AQEELA YOU CAN DO IT DONGIBAP !!!